Kejohanan Sukan Tahunan Smk Bidor Kali Ke-20 Tahun

Kejohanan Sukan Tahunan Smk Bidor Kali Ke-20 Tahun

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK BIDOR KALI KE-20 TAHUN 2026

Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat : Padang SMK Bidor

Selesai sudah Kejohanan Sukan Tahun SMK Bidor kali ke-20. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang berjaya memastikan Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bidor kali ke-20 ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohamad Hassan b. Hj. Isa selaku Pegawai Khas ADUN Ayer Kuning.

Terima kasih juga kepada YDP PIBG SMK Bidor, Tn. Hj. Mohamad Azhar bin Yahya, PPT yang turut serta memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini.

AMM Ambulance Muallim juga bersama SMK Bidor pada tahun ini untuk membantu menawarkan perkhidmatan rawatan kepada peserta yang mengambil acara sukan.

Perbarisan rumah sukan pada tahun ini bertemakan "Perkhidmatan Penghantaran".
Antara perkhidmatan penghantaran yang telah dipilih ialah:
ALFA - Ninja Van
BETA - Line Clear
DELTA - DHL
SIGMA - Grab

Keputusan penuh bagi Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 ialah:
1. BETA
2. DELTA
3. SIGMA
4. ALFA

Tahniah kepada para pemenang yang berjaya. Semoga dengan kemenangan yang diperoleh para pemenang dapat menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid lain untuk turut serta membantu kejayaan rumah sukan masing-masing.

#smkbidor
#bersatumenujukejayaan