Majlis Perpisahan Guru Smk Bidor Cikgu Siti Zaiton

Majlis Perpisahan Guru Smk Bidor Cikgu Siti Zaiton

Majlis Perpisahan Guru SMK Bidor
- Cikgu Siti Zaiton bt. Ismail
- Cikgu Norfarahin bt. Muhammad Shafie
- Ustazah Noorsazila bt. Mazlan

Majlis Persaraan Puan Rohani bt. Amir Bashah yang bertugas sebagai AKP Pembantu Makmal SMK Bidor.

Tarikh: 28 Februari 2025 (Jumaat)

Warga SMK Bidor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Siti Zaiton, Cikgu Farah dan Ustazah Sazila atas sumbangan dan bakti selama menjalankan tugas di SMK Bidor. Pelbagai kejayaan berjaya diperoleh melalui khidmat bakti cikgu-cikgu bagi membentuk kemenjadian murid-murid sekolah ini.
Terima kasih cikgu. Selamat maju jaya dan terus cemerlang di sekolah baharu.

Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Rohani kerana banyak membantu guru-guru terutamanya guru-guru Sains di sekolah. Terima kasih Puan Rohani.

Semoga ikatan ukhuwah antara kita semua terus berkekalan.

#smkbidor
#bersatumenujukecemerlangan