Program Rimup Smk Bidor Peringkat Daerah Tahun 2025
Program RIMUP SMK Bidor Peringkat Daerah Tahun 2025
dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tarikh: 18 April 2025 (Jumaat)
Tempat: Dataran Perhimpunan dan Dewan Terbuka
Alhamdulillah, program RIMUP yang diadakan ini telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Sabri, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Batang Padang.
Program RIMUP ini juga telah diwarnai dengan pelbagai persembahan tarian daripada murid-murid, iaitu tarian Melayu yang dipersembahkan oleh murid-murid dari SMK Syeikh Abdul Ghani, tarian China dari SMK Choong Hua dan persembahan tarian India, tarian Singh serta tarian Asli daripada murid-murid SMK Bidor sendiri.
Selesai sahaja program RIMUP ini, murid-murid digerakkan ke Dewan Terbuka untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Murid-murid juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh murid-murid SMK Bidor.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program RIMUP dan Majlis Sambutan Hari Raya ini. Jasa dan sumbangan semua pihak sangat dihargai bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar.
TERIMA KASIH CIKGU!
#smkbidor
#bersatumenujukecemerlangan