Kejohanan Balapan Dan Padang Smk Bidor Kali Ke
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK BIDOR KALI KE-19
Tarikh: 30 April 2025 (Rabu)
Tempat: Padang SMK Bidor
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Bidor kali ke-19 telah berlangsung dengan suasana yang meriah sekali. Kejayaan kejohanan pada tahun ini membuktikan kesungguhan dan usaha keras semua pihak terutamanya daripada guru-guru dan murid-murid SMK Bidor.
Persembahan perbarisan daripada setiap rumah sukan menyerikan kejohanan ini dengan buah-buahan menjadi tema pada tahun ini kemudiannya diikuti dengan perbarisan daripada pasukan badan beruniform SMK Bidor.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Anuar bin Abdul Aziz, Pengarah AMM MUALLIM AMBULANS.
Rumah sukan ALFA, iaitu rumah sukan merah berjaya menjadi JOHAN bagi Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini dengan jumlah kutipan mata yang tertinggi, iaitu sebanyak 1063 mata.
Kedudukan keseluruhan rumah sukan:
1. ALFA (Merah) - 1063 mata
2. BETA (Biru) - 996 mata
3. SIGMA (Hijau) - 942 mata
4. DELTA (Kuning) - 841 mata
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya memperoleh kemenangan untuk membantu kejayaan rumah sukan masing-masing!
#smkbidor
#bersatumenujukecemerlangan